Klik DISINI untuk Gambar perkahwinan
Klik DISINI untuk Promosi
Gambar Foto dalam konteks Wikiepedia.
Sejarah
Gambar foto kekal yang pertama dicipta pada
1825 olah pereka
Perancis,
Joseph Nicéphore Niépce, yang mendasarkan rekaannya pada penemuan
Johann Heinrich Schultz (1724), iaitu campuran
perak dan
kapur menjadi gelap apabila didedahkan pada cahaya. Niépce dan
Louis Daguerre kemudian menghalusi proses itu, dengan Daguerre menemui pula bahawa pendedahan perak pada wap
iodin lebih dahulu sebelum mendedahkannya pada cahaya lalu pada wasap
raksa selepas gambar foto diambil dapat membentuk imej pendam. Merendam plat ke dalam rendaman garam menetapkan imej dan menghasilkan
dagereotaip yang termasyhur.
Bagaimanapun, dagereotaip itu mempunyai masalah tersendiri, khususnya kerapuhan gambarnya, selain daripada fakta bahawa ia merupakan hanya proses positif dan oleh itu, tidak dapat dicetak semula. Justera, pereka yang lain mencari-cari proses yang lebih baik. Sebilangan proses diperkenalkan dan digunakan buat tempoh yang singkat antara pengenalan imej pertama Niépce dan pengenalan
proses kolodion pada
1858.
Negatif plat kaca basah berasaskan kolodion dengan cetak pada
kertas albumen menjadi kaedah fotografi yang diutamakan buat seberapa waktu, termasuk juga selepas pengenalan
proses gelatin yang lebih praktis pada
1871. Proses gelatin tersesuai masih merupakan proses fotografi
hitam putih yang utama pada hari ini, dan berbeza hanya dari segi bahan filem yang digunakan. (Pada asalnya, kaca digunakan, disusuli oleh berbagai-bagai
filem boleh lentur.)
Fotografi warna adalah hampir sama lama dengan fotografi hitam putih.
Uji kaji yang terawal dibuat oleh
John Herschel, dengan
Antotaip digunakan sejak
1842 dan
plat Lippmann sejak
1891. Bagaimanapun, fotografi warna menjadi jauh lebih popular selepas pengenalan
Autochrome Lumière pada
1903, digantikan kemudian dengan
Kodachrome,
Ilfochrome, dan proses-proses yang serupa. Selama banyak tahun, proses-proses tersebut hampir hanya digunakan untuk bahan lut sinar (untuk
projektor slaid dan peranti yang serupa), tetapi cetak warna kemudian menjadi popular dengan pengenalan negatif
kromogen yang merupakan sistem yang paling banyak digunakan dalam
proses C-41. Keperluan industri filem juga memperkenalkan berbagai-bagai sistem tujuan khas, dengan yang paling terkenal merupakan
Technicolor yang kini jarang digunakan.
Jenis gambar foto
Gambar foto bukan digital dihasilkan menerusi proses kimia dua langkah. Dalam langkah pertama, imej
negatif (yang warna dan bahagian terang/gelap disongsangkan) ditangkap pada filem peka cahaya, disusuli oleh langkah kedua. Untuk menghasilkan imej
positif, imej negatif itu paling biasa dipindahkan ('
dicetak') pada
kertas fotografi. Sebaliknya, pencetakan negatif pada
filem stock [2] lut sinar digunakan untuk mengeluarkan filem wayang gambar. Sebagai alternatif, imej negatif itu juga boleh dipindahkan pada
bahan lut sinar positif lalu dibingkaikan. Hasil sebegini dikenali sebagai
slaid. Sebelum kemajuan dalam bidang
fotografi digital yang baru-baru ini, bahan lut sinar telah digunakan secara meluas oleh ahli profesional kerana ketajaman dan ketepatan pamer warnanya. Kebanyakan gambar foto yang diterbitkan di dalam majalah menggunakan filem lut sinar warna atas sebab tersebut.
Semua gambar foto pada asalnya bersifat
monokrom atau diwarnakan secara insani. Sungguhpun kaedah untuk membina gambar foto warna telah direka seawal
1861, ia tidak mudah didapati sehingga
1940-an atau
1950-an dan meskipun demikian, kebanyakan gambar foto yang diambil pada
1960-an masih merupakan gambar foto hitam putih. Bagaimanapun, sejak masa itu,
fotografi warna telah menguasai fotografi popular, walaupun gambar foto hitam putih masih digunakan kerana ia lebih mudah dibina, berbanding dengan gambar foto warna.
Imej
berformat panorama dapat diambil dengan menggunakan kamera seperti
Hasselblad Xpan pada filem biasa. Sejak
1990-an, gambar foto panorama juga disediakan dalam bentuk filem
Advanced Photo System (APS) yang dibangunkan oleh sebilangan pengeluar filem utama untuk membekalkan filem yang memberikan berbagai-bagai format dan pilihan berkomputer. Walaupun gambar foto panorama APS dicipta dengan menggunakan maska di dalam kamera berupaya panaroma, ia tidak sebaik dengan kamera panaroma benar yang mencapai kesan menerusi format filem yang lebih lebar. Justera, kepopularan APS telah merosot dan kini diberhentikan.
Mitos dan kepercayaan
Sejak
dagereotaip dipindah pada permukaan bercermin, banyak
pewasitah juga menjadi pengamal bentuk seni yang baharu. Mereka mendakwa bahawa melihat imej manusia pada permukaan bercermin seakan-akan melihat
rohnya. Para pewasitah tersebut juga mempercayai bahawa imej manusia itu akan mendedahkan rohnya kepada pemasukan
hantu. Sebaliknya,
orang asli mempercayai bahawa mengambil gambar seseorang akan mengakibatkan sebahagian roh orang itu dihapuskan.
Isu undang-undang
Undang-undang tentang
pornografi kanak-kanak,
pornografi melampau, dan sebagainya sering lebih menyekat gambar foto dan filem daripada perbuatan yang digambarkan, iaitu gambar foto dan filem tentang perbuatan yang sah mungkin menyalahi undang-undang.
Jurugambar
Jurugambar atau
jurufoto adalah seseorang yang mengambil
gambar foto menggunakan
kamera. Mereka ini adalah
seniman kerana hasil karya mereka dihargai sebagaimana lain-lain artis visual. Seseorang boleh menjadi seorang jurugambar amatur atau seorang jurugambar profesional jika dia menggunakan bidang fotografi bagi menyara hidupnya.
Kerjaya jurugambar tidak terhad untuk penggambaran dengan peralatan kamera sahaja. Sebenarnya jurugambar terlibat dalam pembangunan imej sehingga persembahan produk akhir. Sekeping gambar mungkin kerja seorang atau satu pasukan. Paling biasa pasukan ini dibentuk dari seorang jurugambar hingga kepada di dalam makmal fotografi. Kerja-kerja di makmal ini (
pemprosesan fotografi,
pemprosesan imej dan lain-lain) boleh menukar sama sekali penampilan sesuatu gambar.
Jurugambar sering dikategorikan berdasarkan subjek kesukaan mereka. Antara subjek kegemaran jurugambar ialah landskap, alam benda, potret, dokumentari, jurufoto komersil, dan sebagainya. Beberapa jurugambar membuat pengkhususan kepada sesuatu subjek sahaja. Sementara yang lain lebih kepada fotografi artistik dan kewartawanan foto.
Kerjaya jurugambar boleh dilakukan oleh mana-mana profesional lain umpamanya jurutera boleh menghasilkan gambar berdasarkan bidang tugasnya. Begitu juga seorang saintis boleh menjadi jurugambar yang baik untuk mengeluarkan produk gambar sains kerana mereka mahir menilai habitat haiwan contohnya.
Tahap piawaian untuk digelar sebagai Jurugambar adalah bergantung pada kemahiran seseorang Jurugambar. Jurugambar tidak seperti profesional lain yang mempunyai KPI tertentu untuk dinilai. Namun untuk bergelar jurugambar profesional seseorang itu harus faham, mahir menilai gambar, memeroses filem dan gambar. Selebihnya jurugambar mampu menilai gambar yang baik hasil penyusunan teknik komposisi.
Antara tugas jurugambar : - mengambil gambar di sudut atau perspektif yang menarik - mengenal pasti dan memilih gambar yang cantik dan bertepatan dengan subjek - mengubahsuai gambar dengan kreatif - gambar yang diambil hendaklah kelihatan seperti 'hidup'